Mac 23, 2020

In Collaboration with:

Kepada optometris sekalian,

 

Hari ini, 23 Mac 2020, kita akan menyambut Hari Optometri Sedunia. Pihak International Agency for the Prevention of Blindness (IAPB) mengklasifikasikan hari ini sebagai peluang untuk menarik perhatian optometris sebagai kerjaya kesihatan mata dan mewujudkan kesedaran terhadap bidang optometri dan amalannya diseluruh dunia.

 

Pada Hari Optometri Sedunia, optometris dan pakar kesihatan mata berpeluang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk mewujudkan impak yang besar dan meningkatkan kesedaran.

 

Hari Optometri Sedunia adalah unik kepada kerjaya optometri dan berfungsi sebagai peringatan bahawa pakar mata sedunia berusaha untuk menyediakan perkara yang sama, perkhidmatan penjagaan mata yang komprehensif kepada para pesakit.

 

Pihak World Council of Optometry (WCO) menjelaskan optometri sebagai “profesion penjagaan kesihatan yang autonomi, berpendidikan dan dikawal, dan optometris adalah pengamal penjagaan kesihatan primer dan sistem visual yang menyediakan penjagaan mata dan penglihatan yang komprehensif, termasuk refraksi dan dispensi, pengesanan/diagnosis dan pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan sistem visual. “

 

Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf optometris sebagai pembekal kesihatan mata primer yang menyediakan perkhidmatan penting di bawah penjagaan kesihatan.

 

Penglihatan dikenali sebagai deria yang paling penting daripada lima pancaindera. Malah, otak menerima 80 peratus daripada maklumatnya dari mata. Kebanyakan orang mengatakan bahawa kehilangan penglihatan mereka akan memberi kesan kepada kehidupan mereka lebih daripada kehilangan memori, pertuturan, pendengaran, lengan atau kaki. Di seluruh dunia, optometris mempunyai visi di mana bidang optometri menyediakan penjagaan mata yang berkualiti tinggi dan komprehensif di mana ia dapat diakses oleh semua orang. Kebutaan dan penglihatan yang terjejas melibatkan lebih daripada 600 juta orang di seluruh dunia, menurut IAPB. Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh faktor individu yang tidak mempunyai akses kepada pemeriksaan mata dan cermin mata yang mereka perlukan.

 

Hari ini, kita meraikan optometris sebagai pembekal kesihatan penjagaan mata primer yang memberi impak dalam kehidupan melalui kerjaya.

 

Kami berterima kasih kepada Johnson & Johnson Visioncare kerana sudi bekerjasama dengan Association of Malaysian Optometrist (AMO) untuk membawa kegembiraan dan sinar di musim sukar ini.

 

Ramai daripada optometris Malaysia mempunyai pilihan untuk membuka atau menutup premis, untuk memberikan perkhidmatan atau tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Walau bagaimanapun, marilah kita meluangkan masa untuk berdoa untuk rakan-rakan optometris, terutama bagi mereka yang bekerja di hospital atau klinik pakar mata swasta yang melayani pesakit mereka untuk kes-kes kecemasan, menjalankan tugas dan cintakan negara pada musim sukar ini.

 

Marilah kita menggunakan Hari Optometri Sedunia ini untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan tentang peranan optometris dengan berkongsi video melalui media sosial (Facebook, Instagram, ++), melalui WhatsApp dan lain-lain.

 

Jaga diri, kesihatan dan kekal kuat!!